Maaf, Saya Tak Percaya Produk Putih dalam Masa 3 Hari

Walaupun pelbagai tohmahan yang Shaklee terima, saya dan keluarga tetap menggunakannya tanpa was-was, dari segi status halalnya dan juga keberkesanannya. Maaf saya kurang percaya produk yang menjanjikan perubahan dalam kadar yang segera seperti ” Putih dalam masa 3 hari” atau ” Hilang 10kg dalam seminggu”. Sistem badan adalah kompleks. Ia tidak semudah 1,2,3 untuk berubah.

Sel kulit mengambil masa 21-28 hari untuk bertukar kepada yang baru. 

Maaf, saya tak percaya

Kenapa saya tetap memilih Shaklee? Sebenarnya nak cerita pengalaman 5 tahun lepas kenapa saya berani untuk ambil produk Shaklee, menggunakannya dan terus mengamalkannya sehingga sekarang. Semuanya bermula apabila saya mengalami masalah kekurangan susu badan. Masa tu Arissa berusia 5 bulan kalau tak silap, dan bulan puasa dah nak dekat. Cuak okay. So macam-macam alternatif saya cuba,u name it! Hinggalah berjumpa Shaklee di blog bakal sahabat baik saya, Hadhatina.

shaklee miri
Emel pertama kami

Selepas 1 minggu menggunakan Supplemen Penyusuan Shaklee, barulah nampak kesan. Nampak tak tarikh pada emel pertama dan emel di bawah? Sebetulnya selepas 2 minggu mengambil tanpa culas dan mengikut konsep penyusuan yang betul, barulah nampak betul-betul kesan mendadak. Alhamdulillah bukan setakat 2 tahun malah saya dan Arissa berjaya mengharungi dunia penyusuan bersama-sama selama 2  tahun 8 bulan.

Baca dulu –> Rahsia Menyusukan Anak Lebih 2 Tahun

agen shaklee di sarawak
Selepas 1 minggu

Nampak tak pada emel no 2 tu saya minta cadangan untuk sakit sendi emak pula. Alhamdulillah, bukan setakat saya kemudian Arissa, suami, ibu bapa , adik beradik dan semua anak-anak buah pun telah saya Shaklee kan. Hehe.. Jangan tak tahu kakak ipar pertama menggunakan supplemen bersalin Shaklee untuk anak ketiga (anak pertama dan kedua tak sempat sebab saya tak kenal Shaklee lagi), kakak ipar kedua menggunakan set bersalin dan set menyusu untuk anak pertama dan kedua, adik ipar pertama pula menggunakan set hamil Shaklee, set bersalin Shaklee dan Set Menyusu Shaklee untuk anak pertama, kedua dan ketiga, dan adik ipar kedua pula menggunakan set bersalin Shaklee untuk anak pertama. Senang cerita, kami satu keluarga besar menggunakan produk Shaklee.

Baca dulu–> Pengalaman Bersalin Ceasarian Kali Ketiga dengan Set Bersalin Shaklee

Tak sangka dah hampir 5 tahun saya menggunakan produk Shaklee. Alhamdulillah semakin sihat. Saya adalah bekas pesakit tibi , jadi imune badan memang ‘low’. Mudah sakit dan mudah berjangkit dari orang lain. Selama 5 tahun ini saya lebih sihat. Asalnya saya cuma mahu kesihatan yang lebih baik, tetapi Shaklee merubah hidup saya 360 darjah!

Jejak Istanbul

Kisah anda seperti saya? Jatuh cinta dengan produk Shaklee? Jom join jadi ahli. Ada banyak kelebihan lain yang anda boleh kecapi.

shaklee sarawak

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk / menjana pendapatan/ menjadi ahli / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya Puan Azrin Mohd (012-25 76555) Pengedar Sah dan READY STOCK Shaklee di Miri, Sarawak.

 

 

 

2 comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *