Tips Tambah Susu Badan dengan Power Pumping

Konsep penyusuan yang betul ialah demand on supply. Semakin banyak permintaan (hisapan) semakin banyak pengeluaran (susu) yang akan dihasilkan. Oleh kerana itulah sesetengah ibu yang mengambil pelbagai ‘milk booster’ tapi masih tidak mendapatkan susu yang banyak. Selalunya saya akan bertanya tentang konsep ini. Dan rata-rata mereka yang mengambil Set Tambah Susu Shaklee tapi tidak mendapat hasil yang di mahukan, lupa akan konsep ini. Tahukah anda dengan melakukan power pumping kita boleh menambah susu badan, malah tanpa memerlukan apa-apa makanan tambah susu ┬ájika diet kita seimbang?

Ini lah yang saya lakukan sepanjang menyusukan Arissa.

1. Mengambil supplement Shaklee agar badan sentiasa sihat dan bertenaga. Menyusukan anak sangat-sangat meletihkan!

2. Mengambil milk booster Shaklee.

3. Power pumping seminggu sekali dan akan lebih kerap semasa period.

BAGAIMANA MELAKUKAN POWER PUMPING?

Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.

POWER PUMPING TAMBAH SUSU SHAKLEE
Power Pumping Single Pump

Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.

POWER PUMPING TAMBAH SUSU SHAKLEE
Power Pumping Double Pump

BILAKAH WAKTU YANG SESUAI UNTUK POWER PUMPING?

Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana..pada waktu ini hormon prolaktin yang menghasilan susu adalah tinggi. Namun anda masih boleh melakukan Power pumping pada bila-bila masa.

BILA BOLEH NAMPAK HASIL?

Pertama sekali..kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Pengalaman saya sendiri, kesan nampak selepas 1 minggu.Bengkak susu sampai basah bra!

Jadi, jom buat POWER PUMPING :)

Testimoni: Power Pumping dan Set Breastfeeding Shaklee dari 4oz ke 7oz

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk / menjana pendapatan/ menjadi ahli / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya Puan Azrin Mohd (012-25 76555) Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.

 

 

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *