Teruja atau Kecewa dengan Bengkak Susu?

Masalah bengkak susu sering terjadi pada awal selepas kelahiran bayi. Payudara ibu akan terasa bengkak, sakit dan berbonjol-bonjol. Kadang-kadang sakitnya sehingga ke bawah ketiak.

CARA ATASI BENGKAK SUSU
KUBIS BOLEH KURANGKAN BENGKAK SUSU

Apa yang perlu ibu lakukan ialah:

√Pakailah bra menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

√Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur.

√Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi.

√Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.

√Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

√Jika buah dada adalah terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

√Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.

√Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.

√Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.

√Pandang ke hadapan. Anda akan melepasi fasa ini dengan cepat dan tidak lama lagi dapat menikmati hubungan penyusuan dengan bayi anda yang sedang membesar.

Tetapi ada juga ibu yang excited bila bengkak susu :)

BENGKAK SUSU

Read more: Set Breastfeeding: 20oz Satu Sessi Bukan Lagi Rahsia

Read more: Beza Set Breastfeeding Shaklee Dengan Milk Booster Lain

Read more: Set Penyusuan Shaklee: Dulu dapat 3 store feed, sekarang dapat 6 feed in advance!

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Miri, Sarawak.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *