Apa Yang Menarik tahun 2014?

Selamat menyambut tahun 2015 dan Salam Maal Hijrah 1436.

Rasanya belum terlambat lagi kan ucap saya ucapkan Selamat menyambut tahun 2015 dan Salam Maal Hijrah 1436. Bagaimana tahun baru anda semua? Sudah bersediakan dengan resolusi 2015 anda? Bersedialah lebih awal kerana saya pasti 2015 akan lebih mencabar lagi.

2014 sudah berlalu. Ada pelbagai kisah sedih dan tragik yang terjadi kepada negara kita. Masih ingatkan MH370? MH17? Negara kita tiba-tiba menjadi terkenal di seluruh pelusuk dunia. Hakikatnya, ia adalah berita yang begitu menyedihkan dan menyayat hati bagi seluruh rakyat Malaysia. Malah pengakhiran tahun 2014 kita di khabari dengan berita banjir yang hampir menenggelamkan negeri Kelantan.

Namun saya yakin ada pelbagai kisah gembira sebenarnya. Saya pasti anda yang sedang membaca entry ini mempunyai 1001 kisah gembira 2014 kan? Kami juga begitu. Terutama dalam bidang perniagaan Shaklee, Alhamdulillah satu demi satu anugerah layak kami menangi. Malah kami dapat trip percuma ke USA juga. Alhamdulillah.

Baca Pengalaman Trip Percuma di USA.

Peribadinya yang paling saya ingati sepanjang 2014 ini ialah bila saya memberanikan diri untuk membuat LASIK bersama Prof. Dr Muhaya. LASIK ialah satu prosedur di mana kornea kita di bentuk semula menyerupai cermin mata menggunakan laser. Tidak menggunakan apa-apa pisau (bladeless).

Saya rabun. Pengalaman berkunjung ke luar negara (spesifiknya berada di gunung salji yang mempunyai ketinggian 10,000m) adalah sangat tidak selesa lebih-lebih lagi menggunakan contact lense. Kalau pakai cermin mata memang berkabuslah tak nampak apa. Balik ke Malaysia saya beritahu suami ” mama nak buat LASIK lah”. Sebenarnya keputusan saya untuk melakukan LASIK ini , lebih kepada “JUST DO IT”. Saya tak fikir terlalu panjang atau kaji terlalu mendalam. Malah saya tak tengok pun prosedur di Youtube. Cuma baca di entry kawan-kawan yang sudah melakukan LASIK. (sebab kawan-kawan buat dan berjaya, jadi saya tawakal sahaja). Alhamdulillah, anugerah penglihatan yang Allah kembalikan kepada saya akan saya jaga elok-elok. Insyaallah.

Apa peristiwa menarik anda sepanjang 2014? Saya pasti ia sangat-sangat menarik.

Jika anda berminat mahu menjadi pengedar Shaklee, saya sedia membantu. FOC.

agen shaklee miri

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya Puan Azrin Mohd (012-25 76555) Pengedar Sah dan Master Shaklee di Miri, Sarawak. –

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *