Cara Membuat Makanan ‘Baby Alive” Murah

Anak-anak perempuan anda sukakan Baby Alive? So, serupa la kita. Arissa dah ada dua baby alive. Sebenarnya saya tak suka sangat sebab baby alive ni ala-ala hidup. Takut..hehe.. ¬†Yang terbaru daddy Arissa belikan dia satu lagi baby alive yang boleh makan minum dan boleh poo pee sekali. Adoiiii…. Senyum lebar si kecik tu sebab dapat hadiah dari daddy. Anak daddy memang macam tu. Kesian mak…hehe…

Arissa and her 'baby'

Tapi ada satu masalah! Ha..apa tu..bukan saja mak dia takut sebab Baby Alive ni boleh bercakap , tapi disebabkan ia juga boleh makan minum dan poo pee maka emaklah yang akan banyak kerja nanti kan. Lebih-lebih lagi makanan dan pampers yang sedia ada semasa beli cuma ada 2 peket sahaja. Arissa main sekali je dah abis makanan. Lepas tu dia kasi ‘baby’ tu minum-minum sampai pee dan poo. Dan habislah pampers.

Baby's poop..hahaha

Nak beli makanan dan pampers Baby Alive? Memang ada jual di Toys R Us. Tetapi harganya membuatkan emak geleng kepala laju-laju. 5 keping pampers dah RM19. Belum lagi makanan baby. Haihh…geleng-geleng lagi.

Newborn diapers

Alternatif, saya pakaikan Baby Alive ni lampin lama Arissa. So far okay dan jimat. Tapi sedikit ‘messy’. Arissa cakap baby tak cantik dah. Demand budak ni. So saya gantikan dengan pampers newborn. Wah…kira okay jugak. Tak la penat mak cuci lampin (padahal masuk mesin..kekeke).

Comel kan?

Bagaimana pulak dengan makanan baby? Takkan nak bagi nestum pulak? Kang semut yang datang. Godek di Google jumpala beberapa tips ibu-ibu yang geleng kepala laju-laju sebab anak perempuan suka Baby Alive ni :P. Untuk makanan boleh ikut tips di bawah.

Bahan-bahannya:

  1. Baking Powder
  2. Pewarna ikut suka
Baby Alive's Food

Caranya mudah. Satukan baking powder dengan pewarna. Siap! Okay Arissa buat sendiri kalau nak bagi baby makan ye. Semasa membuat makanan baby ni, pastikan cair sedikit. Kalau likat nanti baking powder keras dalam ‘mulut’ dan ‘anggota badan’ yang lain . Dah menjadi satu kerja emaknya jadi doktor pulak (kes Baby Alive ‘sembelit’).

Jimat duit

Selamat berjimat duit ye ibu-ibu :)

'Baby' tengah makan "veggie"

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya Puan Azrin Mohd (012-25 76555) Pengedar Shaklee Miri dan Master Shaklee di Miri, Sarawak.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *