Tips Umrah Bersama Anak Kecil atau Bayi

Alhamdulillah, dengan izin Allah pada bulan February yang lepas kami 7 sekeluarga di jemput menjadi tetamu Allah. Banyak dugaan sebenarnya sebelum sampai tu. Dengan hal tarikh tak jadi lah, hal visa dan macam-macam. Betullah itu semua dugaan dari Allah. Doa kami diperkenankan Allah kerana memang nak pergi dengan nenek-nenek dan datuk-datuk Arissa. Oh ye, Arissa pun pergi sekali. Baru berusia 5 tahun sudah menjejak kaki di sana. “Hajjah kecil’ kata jemaah-jemaah di sana. :)

tips umrah membawa anak kecil atau bayi
Haji dan Hajjah "kecil"

Sebelum membuat keputusan untuk menunaikan umrah memang kami dua-tiga nak bawa Arissa ke tak. Sebabnya dia kecil lagi. Macam-macam perkara kami fikirkan. Tahan ke dia? Sakit ke nanti? Tak merengek ke nanti? Macam-macam lah. Di sini saya akan kongsikan beberapa tips umrah bersama anak kecil atau bayi. Sebenarnya bawa bayi lebih mudah sebab dia tidur je kot. Dalam group jemaah kami ada dua kanak-kanak. Arissa 5 tahun dan Aqil 6 tahun. Penyeri dalam bus :)

Antara tips umrah bersama anak kecil ialah:

1) Pilih musim / cuaca yang sesuai

Kami telah memilih bulan Febraury kerana ia masih musim sejuk. Tapi sejuk bukanlah bermakna ada salji. Lebih kurang cuaca di Malaysia tapi berangin. Malamnya sejuk. Cuaca yang panas dan berdebu akan membuat anak-anak kurang selesa dan mula merengek-rengek. Lebih-lebih lagi orang yang sangat ramai dan berhimpit pasti sahaja anak-anak kecil akan menangis.

tips umrah membawa anak kecil atau bayi
Nenekmak, Atokboss, Nenekmama, Atukbabah dan Arissa

2) Niat dan Doa

Setelah tarikh dipilih, berdoalah sentiasa semoga Allah mudahkan semuanya. Setiap kali solat saya memohon kepada Allah supaya Arissa sentiasa sihat, happy dan ‘tahan lasak’ sepanjang di sana. Buatlah solat hajat. Mohon ibadah umrah dipermudahkan.

3) Beri gambaran kepada anak apa itu umrah

Oleh kerana Arissa dah berusia 5 tahun, lebih mudah saya nak terangkan. Setiap kali ada azan di TV saya akan tunjukkan Kaabah. Saya beritahu “ini lah umrah..yang itu Kaabah. Nanti kita pegi sana buat macam tu..ramai orang kan. Nanti Icha ikut mama solat sama-sama macam tu ye”

Ulang-ulang. Biasakan mereka dengan ‘keadaan’ umrah tu macam mana. Sambil tu kita terang serba sedikit tentang umrah ikut pemahaman mereka. Terang lebih-lebih, lagi banyak soalan pula nanti.Hehe.. Macam Arissa tanya saya ” Kalau itu rumah Allah, so Allah tidur kat dalam tu? ” Ha…jenuh nak menjawab.

4) Sediakan segala kelengkapan anak

Tentulah pakaian yang sesuai. Saya sarankan kanak-kanak perempuan memakai seluar dari memakai dress. Lebih sopan. Di sana boleh belikan jubah-jubah kecil yang comel ya ampun. Murah pula tu. hehe…Belikan beberapa helai tudung dan telekung kecil. Jangan risau kalau mereka buka tudung nanti. Tak ada yang marah, jangan pula emak budak yang buka tudung. Nanti pak arab marah “hajjah..haram..haram” :)

Sediakan segala ubat-ubatan dan juga vitamin. Untuk vitamin Arissa memang saya siap-siap bawa  Vitalea for Children dan Omega Guard dari Shaklee.  Senang nak bawa juga. Saya akan pastikan Arissa mengambil kedua jenis vitamin ini setiap hari. Vitalea for Children adalah multivitamin manakala Omega Guard untuk mengelak daripada batuk.

tips umrah bersama anak kecil atau bayi
Sebahagian daripada Vitamin Shaklee kami sekeluarga

Baca: Vitamin Sedap Macam Nano-Nano

Baca: Batuk Sembuh dengan Minyak Ikan Terbaik Dunia

Sediakan juga mainan dan makanan yang mereka suka. Ini mengelakkan mereka berasa bosan. Kita seronok dapat solat 5 waktu di masjid, tetapi budak-budak manalah mereka tahu. Jadi kami bawa mainan-mainan kesukaan Arissa dan paling penting mudah di bawa kemana-mana. Kami bawa ipod dan juga teddy bear. Tapi tak pernah pula Arissa bawa teddy bear ke masjid. Tapi Ipod iye. So berkerumun la budak-budak Arab, Iran, Pakistan, India tengok Icha main Ipod. Semasa nak bawa ke dalam masjid tu sorok-sorok la sikit. Hehe..

tips umrah membawa anak kecil atau bayi
Tu dia...ipod di mana-mana

Stroller juga agak keperluan. Jika anak anda suka berada di dalam stroller saya sarankan bawak je. Kalau anak tidur, cuma angkat sahaja dan masukkan dalam stroller. Alhamdulillah semasa di Madinah rasanya sekali sahaja saya tak sempat berjemaah Subuh di Masjid Nabawi. Yang hari-hari lain memang saya solat Subuh berjemaah. Angkat Arissa masuk stroller, tolak sampai ke masjid.

tips umrah membawa anak kecil atau bayi
Syok dia tidur masa solat Zohor

Yang ni pulak lepas solat Isya’. Penat main depan masjid Arissa takmau berjalan dah. So stroller sangat membantu lebih-lebih lagi kalau hotel anda terletak agak jauh dari masjid dan anak anda seberat 20kg. Heh!

tips umrah membawa anak kecil atau bayi
Tolak je dalam stroller

5) Tawakal

Dari Malaysia serahkan segala-galanya dengan Allah. Andai lancar semua urusan ibadah umrah, Alhamdulillah. Tetapi andai ada kesulitan, jangan marah. Banyakkan bertaubat.Ajak anak kecil kita berdoa sekali. Mohon Allah mudahkan segala urusan. Doa ahli-ahli syurga pasti makbul. Insyaallah.

Okay, ini tips sebelum berangkat. Bagaimana pula setelah sampai di sana? Tunggu ya entry seterusnya.

ready stock shaklee miri

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk / menjana pendapatan/ menjadi ahli / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya Puan Azrin Mohd (012-25 76555) Pengedar Sah dan READY STOCK Shaklee di Miri, Sarawak.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *