Token Of Love… Airasia

Token of Love di inspirasi akibat tragedi yang menimpa kapal terbang MAS dan AirAsia yang berlaku baru-baru ini. Di sebalik kesedihan dan tunding menunding, pengasas #TokenOfLove Davina Skymmar telah melancarkan initiatif ini dengan tujuan untuk memberi sokongan antara satu sama lain di antara rakyat Malaysia dan syarikat penerbangan.

Token Of Love

Saya tahu tentang #TokenOfLove ini dari group FB #FemaleBackpackerCommunnity. Sebenarnya ramai yang dah buat dan saya rasa program sebegini sangat bagus. Buat apa sebarkan lebih banyak kesedihan, mari kita sebarkan sokongan antara satu sama lain pula. Bukan sahaja kita rakyat Malaysia yang merasai kesedihan ini, tetapi anak-anak kapal lebih lagi. Jadi inilah tujuan #TokenOfLove!

Caranya sangat mudah. Sediakan apa-apa sahaja cenderamata atau kad / poskad, kemudian tulislah kata-kata memberi semangat dan berikan kepada anak-anak kapal. Untuk #TokenOfLove yang pertama ini (saya pasti akan membuat lebih banyak lagi), saya cuma menggunakan kad-kad kecil dan coklat. Lebih seronok kerana projek menyiapkan #TokenOfLove ini menjadi projek ibu dan anak. Arissa lah yang paling suka. Sampai bangun awal sebab nak bagi ‘kakak’ kad katanya :)

 

Kami menaiki flight Airasia dari Miri ke Kota Kinabalu yang mengambil masa 50 minit. Semasa memasuki pintu kapal terbang , anak saya Arissa memberi kesemua #TokenOfLove kepada kesemua anak kapal termasuk pilot. Ada 6 crew termasuk 2 pilot.

Reaksi mereka? Meraka sangat terkejut! Tak pernah sesiapa yang buat begitu (untuk crew mereka). Lebih-lebih lagi yang bagi seorang budak kecil berusia 5 tahun. Nampak comel la kan? Hehehe… Bukan mereka sahaja yang terkejut kami juga terkejut apabila ketua peramugari mengucapkan terima kasih kepada kami bertiga (sebut nama) menggunakan pembesar suara :)

Sepanjang 50 minit kesemua peramugari dan peramugara datang ke kerusi kami. Arissa dapat coklat. Malah mereka meminta kami ke belakang untuk mengambil gambar bersama-sama. Kesemua penumpang lain agak pelik lah masa tu ­čśŤ . Saya terangkan kepada mereka tujuan kami memberi #TokenOfLove. ┬áThey are so happy. Tak sangka kad kecil dan 2 biji coklat dapat membuat mereka tersenyum dan lebih bersemangat saya rasa.

Semasa touch down di Kota Kinabalu, pilot pula datang dan bersalam dengan Arissa. Benarlah pepatah barat ” The Thought That Counts” . Bukan kad atau coklat yang membuatkan mereka tersenyum, tetapi ‘sokongan’ yang diberikan.

Bagi anda yang bakal ‘terbang’ tak lama lagi, sediakan #TokenOfLove dan nyatakan sokongan anda.

Terbang tinggi...

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya Puan Azrin Mohd (012-25 76555) Pengedar Shaklee Miri dan Master Shaklee di Miri, Sarawak.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *