WAHM~Dari Meja Makan ke SOHO Idaman Berserta Playroom

Dari dulu saya memang berangan-angan nak jadi WAHM (work at home mom) atau ibu yang bekerja dari rumah. Rata-rata kawan-kawan saya juga begitu. Sambil menjaga anak sambil menjana pendapatan sendiri. Siapa tidak mahu bukan?

Dan impian saya untuk menjadi WAHM menjadi kenyataan apabila menceburi perniagaan Shaklee. Asalnya cuma saja-saja, kemudian menjadi usahawan pula. Alhamdulillah.

pengedar shaklee miri
SOHO Pertama dan Kedua saya

Pada mulanya saya bekerja hanya di meja makan milik suami semasa beliau masih menyewa (belum berkahwin dengan saya). Itulah SOHO (Small Office Home Office) pertama saya. Dekat dengan TV supaya senang saya hendak ‘monitor’ Arissa. Itulah meja yang saya guna sehingga mendapat rank tertinggi dalam Shaklee iaitu Master Coordinator.

Kemudian saya punya impian untuk ada SOHO yang lebih teratur. Jadi suami belikan saya 2 buah meja dan disusun di sudut rumah tidak jauh dari TV dan masih di ruang tamu. Kerana saya mahu Arissa bermain di depan mata saya.

Tapi impian saya lebih besar. Cadang saya kepada suami ” Apa kata kita buat satu SOHO yang bersebelahannya ialah ‘playroom’ Icha?” Ini kerana apabila SOHO di ruang tamu dan anak pun bermain di sana, ruang tamu akan jadi bersepah-sepah. Kalau orang datang tu memang tak sempatlah nak kemas apa. Hehe..

Pengedar Shaklee Miri
Tempat kami memerah 'otak'

Alhamdulillah, impian kami untuk membina SOHO yang lengkap dengan playroom menjadi kenyataan. SOHO ini muat untuk 10 orang dalam satu-satu masa jika hendak membuat kelas. Ada banquet table dan kerusi juga. Projector yang dipancar ke langsir khas yang boleh juga menjadi screen.

Pengedar Shaklee Miri
Muat untuk 10 orang

Paling penting, playroom Arissa hanya disebelah sahaja. Sambil saya memerah ilham sambil itu mata melihat anak. Indah! Impian SOHO saya jadi kenyataan.

Pengedar Shaklee Miri
Sambil buat kerja sambil tengok anak bermain

Bagaimana impian SOHO anda? Mesti lebih besar dan lebih cantik daripada saya kan? Jika anda mempunyai impian seperti saya, perniagaan Shaklee adalah salah satu pilihan tepat. Daftar sekarang dan saya akan bantu anda. 

Bagi yang berada di Miri, jemputlah ke SOHO saya :)

agen shaklee miri

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya Puan Azrin Mohd (012-25 76555) Pengedar Sah dan Master Shaklee di Miri, Sarawak. –

 

 

20 comments

  1. i like your idea of having a SOHO & the playroom side by side. its so creative and she is blessed to have so much toys to explore. I too dream of having something similar.. hope it will be a reality one of these days…

  2. Ya Allah bestnya..soho sy dulu kat mana2 je asal duk kat ruang tamu..hehe.pastu upgrada yg proper sket ada meja banquet dan kerusi..masih kat ruang tamu..mesti gigih lagi usaha.insya Allah, soho idaman pasti jd milik kami.

  3. Saya baru 4 bulan jadi WAHM. And guess what? SOHO saya pun sekarang di meja makan di sebelah ruang tamu! Hehehe.. Ni tandanya nak ikut jejak langkah macam Master Azrin nih.. amiiiin.. 😉

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *