Berat Badan Bertambah Semasa Haid?

Ini sebenarnya sering terjadi dengan saya sendiri. Seminggu sebelum datang haid berat badan akan naik 2-3kg! Ngeri…Adakah berat badan naik semasa haid ini fakta atau mitos? Jika fakta kenapa ia boleh berlaku?

1. Water Retention ( Badan menakung air berlebihan)

Water retention atau edema. Akibat perubahan hormon semasa sedang haid, badan wanita akan menyimpan lebihan air di bahagian tertentu seperti di lengan dan perut. (Patut rasa perut lebih ‘comel’..huhuh).

2. Bloating ( Kembung Perut)

Semasa atau sebelum kedatangan haid kebanyakan wanita tidak aktif dan malas bergerak . Ini mungkin disebabkan keadaan badan yang tiba-tiba serba tak kena. Gas akan terkumpul di dalam usus dan menjadi penyebab kepada kembung perut semasa haid. Kembung perut juga boleh terjadi kerana sembelit yang seringkali terjadi semasa haid.

3. Nafsu Makan Menjadi-jadi

Semasa PMS (premenstrual syndrome), keinginan atau nafsu makan akan melonjak-lonjak. Kalau saya, makanan manis seperti aiskrim atau kek menjadi target no 1. Akibatnya, jumlah kalori yang diperlu badan jadi berlebih-lebih pula.

4.Kekurangan gula dalam darah

Semasa haid, kandungan magnesium dalam badan akan berkurangan dan menyebabkan penghasilan insulin juga menjadi rendah. Kekurangan gula dalam darah memberi signal kepada badan untuk makan supaya tahap gula kembali normal.

Cara untuk mengelakkan berat badan bertambah semasa haid?

  • Kurangkan pengambilan sodium (garam). Ia akan mengurangkan badan menyimpan air yang berlebihan (water rentention).
  • Bersenam untuk menjadikan diri lebih aktif dan sihat. Ia juga boleh mengelakkan berat badan dari bertambah.
  • Banyakkan pengambilan fiber yang boleh  mengawal nafsu makan dan mengurangkan masalah gemuk air.
  • Makan makanan yang berkhasiat dalam jumlah kalori yang di perlukan oleh badan sahaja. Jangan berlebihan!
  • Elakkan makan makanan yang berkalori tinggi seperti coklat dan pizza.

Dapatkan  GLA Complex Shaklee untuk mengatasi masalah berat badan bertambah semasa haid sekarang juga.

ORDER GLA COMPLEX SHAKLEE MIRI

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya Puan Azrin Mohd (012-25 76555) Pengedar Sah dan Master Shaklee di Miri, Sarawak. –

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *