Saya Nak Gemuk!

Selalu kita dengar orang nak kurus, tetapi jangan tak tahu ramai juga yang mengalami masalah terlalu kurus ‘keding’ sehingga hilang rasa keyakinan diri. Baru-baru ini saya mendapat whatsapp dari seorang customer, katanya “Kak, saya nak gemuk!”

tips tambah berat badan
Terlalu kurus?

 

Antara sebab kenapa seseorang itu terlalu kurus walaupun makan banyak ialah:

1. Faktor genetik. 

Menang jenis keluarga dari nenek moyang kurus. Dapat pula suami pun keturunan kurus. Maka lahirlah anak-anak yang kurus belaka.

2.Peningkatan metabolisme sangat cepat.

Metabolisme ialah proses pembakaran kalori dan menukarkanya kepada tenaga.

3. Pengaruh keadaan persekitaran dan orang-orang sekeliling.

Mungkin rakan-rakan di pejabat jenis yang tak berapa mahu makan. Atau kerja yang melampau sehingga lupa hendak makan mengikut waktu yang ditetapkan.

4. Perubahan hormon.

Perubahan hormon yang boleh mempengaruhi emosi juga salah satu faktor.

 

Tips untuk menambahkan berat badan: 

1.Ambil makanan yang mengandungi  vitamin, mineral tinggi dan kalori.

2. Ambil makanan sebanyak 60 hingga 70 peratus daripada karbohidrat dan 10 hingga 15 peratus  lagi daripada protein dan sedikit lemak.

3.Setengah jam sebelum dan selepas makan, hadkan pengambilan air. Memang minum air itu bagus tetapi terlalu banyak minum air membuatkan perut anda kenyang dan selera untuk makan pun terhenti.

4. Ambil makanan yang bersumber lemak seperti kekacang, minyak zaitun, salmon dan sebagainya.

5. Tingkatkan pengambilan kalori dengan meminum jus seperti epal, pisang, peach dan oren.

6. Jadikan buah-buahan kering dan juga yogurt sebagai ‘snack’ atau kudapan.

7. Minumlah susu setiap hari. Bukan setakat kerana nilai kalorinya tetapi susu mengandungi pelbagai nutrisi penting seperti vitamin, protein dan mineral serta mengandungi bakteria sihat yang boleh membantu sistem penghadaman.

tambah berat badan
Susu Segar

8. Bersenamlah secara teratur. Ini penting agar otot-otot sentiasa mendapat signal bekerja, sekaligus menggalakkan pertumbuhan otot. Kita tidak mahu kalori yang terlebih tu hanya ‘tersadai’ di perut dan punggung bukan?

9.Pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang secukupnya pada setiap hari. Selain itu fikiran juga harus relaks dan sentiasa positif. Fikiran yang baik dan tenang akan mempengaruhi pola pemakanan serta  proses  menghadaman anda.

Produk Shaklee juga ada untuk tambah berat badan. Klik untuk INFO.

Mealshake

B Complex

Vitalea

Jadi, dapatkan VITAMIN TAMBAH BERAT sekarang juga.

ORDER ESP SHAKLEE MIRI

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya Puan Azrin Mohd (012-25 76555) Pengedar Sah dan Master Shaklee di Miri, Sarawak.

11 comments

    1. Salam Liza,

      Liza boleh baca entry saya SENANGNYA NAK KURUS

      yang penting nak kurus ni bukannya tak makan, tapi mesti tahu berapa KALORI kita ambil sehari.
      Liza try la tips ni. Nanti kalau ada perbezaan inform ya.
      TQ

    1. Salam Mommylina,

      Fresh milk memang tinggi kalori. Cuba semak kat kotak. Elok untuk mereka yang nak naik berat.
      mommylina cuba lah..nanti kalau ada perbezaan, inform ya.

      tq

  1. Salam perkenalan,
    terima kasih di atas perkongsian. selalunya orang yang kurus fikir mereka tak perlu bersenam sebab berat badan tak bertambah pun walaupun makan banyak..termasuklah saya..hehe..tapi betul sebenarnya ada lelemak yang berkumpul di bahagian tertentu seperti paha 😛

    1. Salam hafizah,

      kita serupa! dululah semasa belum tahu. ingat semua yg kurus ni dah tentu sihat. takkan ada lemak.sebenarnya ada je lemak di mana-mana.
      hehehe..mula2 tak perasan lama2 nampak..

      tq

  2. Salam Master…
    Saya salah seorang yang nak gemuk…hihii.Saya telah berjaya menambah berat badan saya sebanyak 3kg sejak mengambil meal shakes dan b complex.Dulu berat saya 45kg,sekarang 48kg.Saya sangat gembira!Badan pun rasa lebih cergas dan bertenaga.
    Selain amalkn suplemen,penting juga amalkan gaya hidup sihat mcm yg master share tu.Tips2 berguna untuk mendapat berat badan ideal secara sihat.

    Meal shakes juga sesuai diambil oleh kanak-kanak..banyak kebaikannya.
    http://zaizamrichvitashop.blogspot.com/2014/09/pengedar-shaklee-bintulu-kebaikan-meal.html

    1. wasalam zainah,
      alhamdulillah. tu lah bukan org gemuk je ada masalah. org kurus sangat pun rasa tak selesa kan.
      yang penting berat badan ideal.

      Terima kasih ya.

  3. Saya pun pernah terlampau kurus. Ketika masih beranak satu, berat saya tak pernah lepas dari 39kg. Tetapi sekarang ini berat saya sudah mencapai 45kg dan ideal weight saya adalah 47kg. Bagi saya Mealshake dan Vitamin B Complex Shaklee banyak membantu. Puan boleh tengok sendiri perubahan berat badan saya di dalam blog saya http://emyhealthandbeautyshop.blogspot.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *