Anak Bijak Aku No. 1, Anak Kau No Berapa?

Semakin menghampiri hujung tahun bermakna cuti sekolah semakin hampir. Selalunya di akhir-akhir bulan November akan ada banyak masjlis graduasi di sekolah-sekolah termasuklah tadika. Sekolah akan menjemput ibu bapa untuk mengambil ‘report card’ dan berbincang potensi anak-anak untuk tahun depan. Masa inilah tahu anak dapat berapa A, dapat nombor berapa, dan perilaku anak baik ke nakal. Dan selepas itu akan ada banyak dialog-dialog antara ibu bapa ” Anak bijak aku no 1, anak kau no berapa?”. Silap-silap soalan begini boleh mengakibatkan pergaduhan pula. Naya weh kalau tarik-tarik rambut!

majlis graduasi

Ibu bapa di Malaysia mempunyai pemikiran bahawa lebih banyak A itu lebih bagus. Itu tandanya anak lebih bijak. Tak boleh salahkan ibu bapa kerana sistem akademik di Malaysia lebih mementingkan IQ (Kecerdasan Intelek) daripada EQ (Kecerdasan Emosi). Sebenarnya bukan sahaja IQ , EQ dan juga SQ (Kecerdasan Spiritual) juga memainkan peranan perkembangan seseorang kanak-kanak.

IQ, EQ dan SQ

Semasa kami memilih sekolah untuk Arissa, kami memilih sekolah yang lebih banyak aktiviti ‘bermain’ daripada hanya mengadap buku. Untuk kanak-kanak berusia 4 tahun, tak wajar rasanya kita mengharapkan mereka mengadap buku 24 jam bukan? Lagipun perkembangan kanak-kanak adalah berbeza mengikut keperluan umur mereka.

tips anak bijak

Dari segi nutrisi pula, untuk perkembangan otak kanak-kanak yang baik (lebih bijak bahasa mudahnya), otak memerlukan EPA dan HDA yang mencukupi. Sebab tu kita selalu dengar iklan susu tepung “sel-sel otak bersambung”. Ini kerana DHA yang mencukupi akan menyebabkan neuron (sel membran otak) lebih anjal dan neutrotransmitter menghantar info lebih efektif. Sebab tu ada budak yang lebih cepat ‘pick up’ dan ada budak yang agak perlahan sedikit.

Omega Guard Shaklee memang mempunyai kandungan EPA dan DHA yang tinggi. Sejak usia Arissa 1 tahun saya dah beri dia 1 biji 1 hari. Cara makannya mudah. Boleh dipecah dan suapkan kepada anak atau jika anak sudah besar suruh sahaja mereka kunyah. Jangan terkejut jika anda terpaksa sorokkan botol Omega Guard kerana kanak-kanak sangat sukakannya!

Kesannya? Saya rasa Arissa lebih mudah ‘tangkap’. Alhamdulillah baru berusia 4 tahun dia sudah boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik dan juga Bahasa Mandarin (level beginner). Malah boleh membaca buku cerita yang mudah serta tolak tambah yang melibatkan angka ‘sa’.

Selain itu, boleh amalkan doa ini sedari anak dalam kandungan lagi. Insyaallah , anak akan jadi lebih bijak.

Jika anda berminat dan mahukan anak anda lebih bijak, bolehlah dapatkan 1-2 botol Omega Guard yang sedang ada OFFER sekarang.

stokis shaklee di miri

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya Puan Azrin Mohd (012-25 76555) Pengedar Shaklee Miri dan Master Shaklee di Miri, Sarawak.

 

 

 

4 comments

  1. Bukan je time sekolah.. anak masih baby lagi dok sibuk nak banding2 kann.. anak aku 2 bulan dah tiarap, 10 bulan dah berjalan.. anak kau setahun lebih jalan pon tak lagi.. baik bawak pergi checkkk… nyampah betul..

    1. salam puan yoorin,

      betul tu. bukan setakat akademik dari baby dah banding2kan..anak saya dulu umur 1 tahun 1 bulan baru pandai berjalan. ada juga kawan2 yg banding2kan sebab anak mereka boleh berjalan pada usia 9bulan. sabar je lah :)

  2. Satu perkongsian yang menarik puan.. Saya pun berpendapat kanak-kanak tidak wajar terlalu kita bebankan dengan pembelajaran yang terlalu formal. Bagi saya, proses pembelajaran mereka biarlah seiring dengan umur serta kebolehan kerana kebolehan setiap kanak-kanak adalah berbeza.

    1. Salam Puan Emy,

      ya betul. ntah kenapa di Msia (mungkin juga di serata dunia), ibu bapa suka membanding2kn anak-anak. padahal setiap kanak-kanak itu ada keistimewaan sendiri. mungkin anak lambat membaca tapi sangat aktif bersukan.

      terima kasih ya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *