Tips Mengajar Anak Membaca Cepat Kaedah Fonik

Alhamdulillah. Arissa yang berusia 4 tahun boleh membaca ayat-ayat mudah dengan kaeadah phonics. Sebenarnya buku Read Easy ini saya dah beli tahun lepas semasa Arissa berusia 3 tahun, tetapi asyik tertangguh-tangguh (alasan emak sebenarnya).

cepat membaca
Book 5

Tahun ini, Arissa kami hantar ke ‘playschool’. Kami membuat keputusan untuk tidak terlalu memaksa Arissa. Biar dia main-main sahaja. So pemilihan sekolah lebih kepada sekolah yang banyak aktiviti daripada sekolah yang asyik belajar ABC. Pada usia 4 tahun , Arissa telah diperkenalkan dengan bacaan ‘Fonik’. Dalam keadah Fonik huruf  tidak dieja tetapi  terus dibunyikan. Terima kasih kepada cikgu di sekolah Arissa!

Semasa cuti seminggu bulan lepas, cikgu Arissa memberikan saya buku Blend Sound. Arissa datang kepada saya dan terus membaca patah demi patah. Saya agak terkejut kerana dalam masa 10minit dia boleh menghabiskan bacaan di buku itu. Pada mulanya saya ingatkan dia cuma menghafal, lalu saya keluarkan buku Easy Read Book 1 dan mencuba ke atas Arissa. Dalam masa seminggu Arissa habiskan Book 1, Book 2 dan Book3.

Apabila sessi persekolahan bermula, semasa mengambil Arissa pulang dari sekolah ,cikgu Arissa memberitahu yang Arissa boleh membaca perkataan-perkataan mudah di sekolah. Cikgu pun terkejut! Dan Alhamdulillah, sekarang Arissa sudah menghabiskan Book 5. Tinggal 3 buku lagi untuk habiskan level ‘beginner’.

Saya percaya konsep jangan memaksa anak-anak untuk membaca. Biar mereka rasa seronok untuk ‘explore’. Saya hanya akan mengajar Arissa membaca jika dia sendiri yang ambil buku. Selalunya sessi pembelajaran cuma dalam 5-10 minit. Kanak-kanak ada perasaan ingin tahu yang sangat kuat pada sesuatu ketika. Dan jika anda ternampak ‘ketika’ itu, jangan lepaskan peluang. Inilah yang saya nampak semasa cuti seminggu. Arissa sangat-sangat teruja untuk menyebut perkataan-perkataan lain.

Membaca cuma salah satu skill dalam pembesaran kanak-kanak. Anda tidak perlu memaksa anak anda untuk pandai membaca sekarang jika dia tidak berminat lebih-lebih lagi kalau masih kecil seperti Arissa. Kanak-kanak seusia 1-6 tahun bukan sahaja memerlukan perkembangan IQ yang baik, tapi paling penting EQ yang cemerlang juga.

Semoga Arissa menjadi orang yang sangat cintakan buku :)

Mahu menjadi sebahagian dari kami? Register sekarang dengan hanya meng’klik’ button REGISTER di bawah.

shaklee di sarawak

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya Puan Azrin Mohd (012-25 76555) Pengedar Sah dan Master Shaklee di Miri, Sarawak.

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *