7 Tips Kekal Positif dan Terus Melangkah ke Depan

Kadang-kadang ada masanya kita akan rasa ‘down’ atau tiada motivasi. Normal. Nama pun manusia biasa. Tetapi terlalu melayan perasaan ‘down’ sehingga lalai perkara- perkara penting tidak seharusnya berlaku.

 

 1) Tetapkan matlamat besar anda dengan jelas.

Jangan tulis “saya mahu kereta” tapi tulislah ” saya mahu kereta Ferrari berwarna merah pada 30 Jun 2015″.

Tetapkan juga matlamat kecil yang membawa anda kepada matlamat besar tersebut.

2) Buat sampai habis!

Ramai yang pada awalnya sangat bersemangat akan berhenti separuh jalan. Buat sampai habis. Pedulikan orang lain. Paksa diri! Orang yang biasa melakukan sesuatu separuh jalan akan biasa melakukan semua perkara separuh jalan.

3) Berkawan dengan mereka yang mempunyai pemikiran positif

Cuba perhatikan 5 kawan rapat anda sekarang? Adakah majoritinya positif atau sebaliknya? Jika negatif, saya sarankan tak perlulah rapat-rapat lagi kerana mereka tak akan membawa anda ke arah kebaikan.

4) Fast Learner

Orang yang berjaya adalah mereka yang tahu dengan pantas di mana atau dengan siapa mereka boleh dapatkan sumber maklumat yang betul jika mereka perlukan bantuan.

5) Guna bakat dan minat anda 

Ini akan menyebabkan anda akan gembira melakukannya lebih konsisten dan lebih intensif. Kecintaan ini akan mendatangkan hasil lumayan.

Suka makan, hasilkan makanan yang sedap sehingga membuka restoren terkenal

6) Belajar

Selagi bernyawa selagi itulah kita kena belajar. Dunia berubah dengan cepat sekali. Semua benda juga ikut berubah.

Lagi banyak kita tahu tentang sesuatu perkara, lebih banyak yang kita tidak ketahui sebenarnya.

7) Berani ambil risiko 

Risiko ada di mana-mana. Jangan takut dengan risiko. Andai gagal, bagus! Kenapa? Kerana ia hanyalah proses menghampiri kejayaan.  Perbaiki diri setiap kali anda gagal, hasilnya anda akan menjadi insan hebat.

Berminat mahu mengubah kehidupan anda? Dari segi kesihatan? Dari segi kewangan? Sertai Program YES kami sekarang.

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk / menjana pendapatan/ menjadi ahli / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya Puan Azrin Mohd (012-25 76555) Pengedar Sah dan READY STOCK Shaklee di Miri, Sarawak.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *