Apakah maksud ‘Malim’ sebenarnya?

Baru-baru ini gempar satu Malaysia apabila berlaku gempa di Gunung Kinabalu yang mengorbankan 18 orang pendaki (ada yang masih belum di temui) dan lebih 100 orang yang terperangkap akibat gempa bumi dengan kekuatan 6.0 skala Ritcher. Mereka yang terlibat ini adalah pendaki dan juga malim-malim gunung.

Apakah maksud malim?

Malim ialah perkatan melayu kuno yang jarang digunakan lagi. Ia bermaksud ‘guru’, ‘cikgu’ ,’pemberi panduan’ atau ‘pembimbing’. Malim gunung bermaksud pembimbing di gunung. Mereka bertanggungjawab menunjuk arah yang betul. Mereka ialah jurupandu kepada pendaki-pendaki. Dan malim-malim gunung adalah sangat mahir dengan selok-belok di gunung.

Unsung heroes! Itulah malim gunung Kinabalu. Apabila malim-malim ini tekad untuk naik semula ke atas gunung untuk menyelamatkan mereka yang masih terkandas. Mereka yang sepatutnya tidak perlu menyabung nyawa tunggu sahaja pasukan penyelamat datang telah membuat keputusan untuk menyelamatkan sendiri pendaki-pendaki yang terkandas di puncak gunung Kinabalu.

Selama 10 jam mereka merentas dan membuat laluan baru kerana laluan biasa untuk turun naik gunung sudah musnah. Selama 10 jam mereka mendaki gunung dan melaungkan kata-kata semangat JANGAN RISAU KAMI DATANG SELAMATKAN ANDA. Mereka telah menyelamatkan kesemua pendaki yang terperangkap dan tercedera tanpa peduli akan keselamatan diri sendiri .

Malim-malim ini dapat saya katakan adalah orang-orang yang sangat komited. Komited mereka terhadap perkerjaan mereka lebih tinggi dari Gunung Kinabalu itu sendiri. Mereka sangat cintakan gunung Kinabalu seolah-olah gunung dan mereka itu adalah satu. Mereka tahu setiap inci gunung dan sangat sayangkan alam ciptaan Allah di sana. Malim-malim ini juga sangat bertanggungjawab untuk menjaga kesalamatan pendaki-pendaki di bawah jagaan mereka sehingga ada malim yang terkorban iaitu mendiang Robin Sapinggi dan mendiang Joseph Solugin.

Untuk menjadi ‘heroes’ dalam kehidupan kita sendiri kita wajib ada 3 perkara di atas:

1- Komited

2- Cinta atau passion

3- Tanggungjawab

Insyaallah kejayaan milik kita.

Untuk kesemua malim-malim gunung, anda adalah wira negara. Semangat juang anda untuk menyelamatkan kesemua pendaki yang terperangkap membuka mata seluruh dunia menenggelamkan cerita gempa di gunung itu sendiri. Terima kasih!

gempa bumi gunung kinabalu

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk / menjana pendapatan/ menjadi ahli / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya Puan Azrin Mohd (012-25 76555) Pengedar Sah dan READY STOCK Shaklee di Miri, Sarawak.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *