Status Halal Shaklee?

Baru-baru ini kedengaran semula isu halal Shaklee. Ya saya katakan kedengaran semula kerana isu status halal Shaklee ini seolah-olah tiap-tiap tahun keluar isunya. Tapi tak apa. Ini menunjukkan masyarakat Malaysia dan orang Islam khususnya sangat peka dan sangat menitik beratkan darimana sumber sesuatu yang bakal kita makan dan menjadi darah daging. Syukur Alhamdulillah.

Ini adalah sijil halal Shaklee bagi yang masih mencari-cari atau tertanya-tanya. Soalan kedua pula timbul. Kenapa bukan halal daripada Jakim? Jawapannya Jakim hanya mengiktiraf status halal untuk barangan buatan Malaysia sahaja. Ya betul, jika Jakim mahu mengesahkan semua barangan termasuk dari luar negara saya rasa agak mustahil kerana mereka juga kekurangan sumber. Al-maklumlah barangan import sahaja sudah beratus atau puluh ribu. Tak campur barangan buatan Malaysia sendiri :)

STATUS HALAL SHAKLEE

ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh di lihat diĀ website My Halal (KLIK SINI).

Dan sebenarnya terdapat banyak produk Shaklee yang tidak ada di Malaysia. Hanya yang betul-betul sahih status halalnya sahaja yang dijual di Malaysia termasuklah Vitamin E Shaklee, Lecithin Shaklee, Omega Guard Shaklee dan beberapa produk yang menggunakan bovine gelatine. Terdapat isu beberapa tahun lepas yang mengatakan Shaklee menggunakan gelatine dari sumber yang tidak halal lebih tepat lagi dari babi. Alhamdulillah, isu ini telah disangkal oleh Shaklee. Sebenarnya gelatine yang digunakan ialah dari sumber lembu yang disembelih.

Jika anda mempunyai sebarang kemusyikilan tentang status halal Shaklee, anda boleh menghubungi pihak Shaklee sendiri di www.shaklee.com.my.

Janganlah hanya mendengar tanpa menyelidik ya. Sebagai pengguna dan penggemar produk Shaklee, gunalah tanpa was-was kerana ia halal.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Miri, Sarawak. Dapatkan produk Shaklee yang dijamin selamat, berkesan dan halal sekarang.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *